Borang Pertanyaan

Name:
Email Address:
Hand phone no:
Alamat :
Berminat Untuk : Turun Berat badan
Naik Berat badan
Sarapan Sihat
Tingkatkan Taraf Kesihatan
Pendapatan Sampingan
Lain lain (Sila isi ruang dibawah)
Lain Lain

This contact form was created by Freedback.

Wednesday, June 20, 2012

ISLAM TERGADAI KERANA HERBALIFE!



Assalamualaikum serta salam sejahtera semua pembaca budiman.

Pastinya anda sedikit terkejut dengan enti saya kali ini. Kerana entri ini melibatkan agama majoriti rakyat Malaysia. Agama yang saya sendiri anuti. Islam.

Sebenarnya entri ini saya tulis apabila saya membaca komen seseorang dalam sebuah blog yang sememangnya anti-Herbalife.

Insan ini menceritakan tentang kisah mak ciknya yang mengabaikan islam setelah kenal dengan herbalife. Katanya, kehidupan mak ciknya yang dahulu sangat-sangat menuruti ajaran islam seperti menutp aurat dan menunaikan solat dilihat tergadai setelah menyertai Herbalife. Tambahnya lagi, kehidupan mak ciknya ini berubah kerana Herbalife atas alasan Herbalife itu majoritinya didominasi oleh Mat Saleh. Aduhai, sedih saya membaca komen ini.

Mengapa saya sedih?




1) Kerana salah seorang saudara saya telah mengabaikan ajaran islam yang suci demi duniawi.

2) Kolotnya pemikiran orang yang menceritakan ini kerana meletakkan Herbalife sebagai pesalah utama.

Saya tidak menolak kemungkinan bahawa perubahan mak ciknya itu sedikit sebanyak disebabkan oleh Herbalife. Namun, tidaklah perlu meletakkan Herbalife itu seolah-olah sebagai pesalah utama.

Mari kita timba sesuatu dari sirah islam sendiri. Bagaimana islam itu terbahagi kepada 2 kelompok iaitu syiah dan sunnah. Sunnah yang mengamalkan ajaran islam yang sebenar, manakala, syiah menyimpang akibat terlampau mengagungkan Saidina Ali r.a. Lihat puak syiah ini, mereka terlampau mengagungkan Saidina Ali dan Ahlul bait sehingga segala hadis yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabat terkenal Nabi s.a.w tidak mereka iktiraf.

Jadi?

Jadi saya ingin bertanya kepada anda, sikap serta kesalahan puak syiah ini adakah patut diletakkan di atas bahu Saidina Ali r.a?

Tidak!

Jadi mengapa insan ini meletakkan Herbalife sebagai pesalah utama? Sedangkan sewaktu saya pergi event Herbalife saya lihat ada ratusan wanita yang memakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna. In fact, saya lihat yang naik ke atas pentas memberi testimony pendapatan itu juga ramainya daripada kalangan muslimah yang bertudung. Lihat..

Bagi saya orang seperti ini mempunyai niat yang tidak baik.

Manusia pabila hendak jatuhkan, mereka ada pelbagai idea.

Kita ini menjadi manusia, andai tidak mahu menyokong dan menerima sesuatu jangan tolak dan benci sebetul-betulnya. Bimbang-bimbang nanti, kita terpaksa menjilat ludah yang kita ludahkan pada perkara itu.

Anda berminat untuk mendapatkan produk Herbalife? Sila pergi ke page ORDER NOW untuk melihat bagaimana anda boleh membuat pesanan.

Sekian. Salam kasih penuh mesra. Tidak kenal maka tidak cinta <3 artikel ini disumbangkan oleh amirul aslam

1 comment:

  1. Semua tue bergantung dgn niat..Kenapa perlu ikut adat budaya luar..sekarang ramai yg berjaya dgn herbalife berjaya juga dalam Tuntutan agama.Budi pekerti mulia,jaga aurat.bersedekah membantu yg memerlukan..Agama dan Perkerjaan perlu seiring baru boleh berjaya..Banyak Perubahan yg positif yg berlaku dalam Herbalife.Tepuk dada tanya Iman

    ReplyDelete