Borang Pertanyaan

Name:
Email Address:
Hand phone no:
Alamat :
Berminat Untuk : Turun Berat badan
Naik Berat badan
Sarapan Sihat
Tingkatkan Taraf Kesihatan
Pendapatan Sampingan
Lain lain (Sila isi ruang dibawah)
Lain Lain

This contact form was created by Freedback.

Wednesday, June 20, 2012

HERBALIFE. MLM YANG HARAM?



Assalamualaikum serta salam sejahtera semua pembaca budiman. Sekarang ni saya nak kongsikan post pasal ke'halal'an Herbalife yang sistem marketingnya didaftarkan sebagai sistem MLM.


Jawapan buat anda. Yang mungkin berfikiran terbuka. Atau yang mungkin skeptikal. Anda boleh ambil kalau percaya. Anda boleh buang kalau meragui. Simple.



situasi nie berlaku apabila seorang pelajar UIA bertanya adakah perniagaan herbalife nie halal ke x ? so , ini jawapan yang ustaz mus'ab dan salah seorang pelajar UIA berikan .

Ustaz Mus'ab :


Wslm , ok pertama sekali ana nk ucapkan terim kasih kerana bertanyakan soalan ni kpd ana ... ana takkan kupas isu MLM satu persatu, tetapi ana hanya akan bg guideline sahaja ...

cuba google topik "MLM menurut perspektif Syariah" ... ada tulisan UZAR tntg ni, dan juga fatwa JAKIM berkenaan isu ini ... secara ringkasnya , MLM yg diharamkan ialah MLM yg xde Produk, ataupun produknya diragui keberkesanannya, ataupun ada unsur gharar ( seperti contoh: Kopi sepeket dijual pada harga beratus2 ) ... yg kedua, marketing plan sgt caca marba ... sbb kebanyakan MLM ada unsur SCAM, Pyramid dan sbgainya, so mereka2 yg pioneer akan terus kaya dan goyang kaki, walhal org2 bwah yg bersusah payah .. so takde contoh pengedar yg dah berjaya ...

sebaliknya, herbalife mempunyai porduk yg sgt bagus, boleh membantu ramai org, dan mempunyai misi changing peoples lives ... dan juga setakat yg ana dah ceburi bidang herbalife ni, pembayaran mereka sgt telus dan transparent ... so takde unsur gharar, ghabn , dan sebagainya ...

"ana kalo jumpa org, ana takkan sebut " Eh Nak Join MLM x ?" takkan sama skali ... ttp ana akan bgtau, nk turun berat, atau naik berat ? atau nak sehat ? ... mcm tu je ..

mari ikut kami ke event2 besar herbalife , kita akan dapati ramai distirbutor n leader herbalife, walaupun mereka bukan beragama islam, tetapi niat dan keinginan merreka itu bantu org dpt kesihatan, menurut ana , mengalahkan ramai org islam .. cuma lagi mereka bukan islam je ... apa kata kita amik smgt utk bantu org tu, dan bantu seramai mgkin ... kita akan dpt ganjaran sgt besar ...

Herbalife " changing people's life ...

Jawapan daripada pelajar UIA :


"MLM akn jd HARUS kalu penuhi syarat2 berikut :

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal). #herbalife mme product berkualiti, clinically proven, blh tgk testimoni2 ore hk guna dh. #tak kabur - herbalife bkn jual barang atas angin, product ada didepan mata.

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.#sah2 la buke mas/ perak.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakahiaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi. artikel ini disumbangkan oleh amirul aslam

1 comment:

  1. Terlampau banyak MLM yg mengenakan org dan ada juga yg Memberi keuntungan..Bergantung pada kita untuk membuat pilihan..Jagn ikut ikut sahaja.kita diberikan akal untuk berfikir..Buat pilihan yang tepat dgn membuat kajian dan rujukan ...Moga setiap yg kita buat akan dapat Keredhan dari Nya

    ReplyDelete