Borang Pertanyaan

Name:
Email Address:
Hand phone no:
Alamat :
Berminat Untuk : Turun Berat badan
Naik Berat badan
Sarapan Sihat
Tingkatkan Taraf Kesihatan
Pendapatan Sampingan
Lain lain (Sila isi ruang dibawah)
Lain Lain

This contact form was created by Freedback.

Sunday, March 2, 2014

Penyakit Kritikal Orang Muda

Lebih ramai golongan muda yang berumur lingkungan 20-an kini dikesan menghidap penyakit jantung berikutan amalan pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.

Ketua Pengarah Institut Jantung Negara (IJN), Tan Sri Dr. Robaayah Zambahari berkata, gaya hidup masa kini yang semakin sibuk dan kurang melakukan senaman menyebabkan penyakit pembunuh senyap nombor satu dalam negara itu menyerang golongan muda.

Beliau berkata, mengikut data pendaftaran nasional kardiovaskular pula hampir separuh kes kemasukan ke hospital yang melibatkan individu berumur 40 hingga 60 tahun disebabkan masalah jantung.

"Kadar populasi pesakit jantung semakin muda dan dapat dikesan seawal umur 26 tahun bagaimanapun, golongan berumur antara 40 hingga 60 tahun paling banyak dikesan menghidap penyakit ini iaitu sebanyak 49 peratus daripada keseluruhan kes yang dirawat di hospital.

"Manakala data dari Kementerian Kesihatan pula menunjukkan hampir 25 peratus sebab utama kes kematian di hospital kerajaan adalah berpunca daripada penyakit kardiovaskular iaitu jantung dan pengedaran darah," katanya.

Menurut Robaayah, bagi mencegah penyakit tersebut menyerang, orang ramai perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan mengelak daripada merokok.Pada masa sama, katanya, langkah pencegahan juga boleh diambil dengan menjaga berat badan, memeriksa tekanan darah, mengawal kadar kolestrol dan kencing manis.






Jurulatih Kesihatan
sms/wechat/whatapps:0126357135
Percuma Konsultansi