Borang Pertanyaan

Name:
Email Address:
Hand phone no:
Alamat :
Berminat Untuk : Turun Berat badan
Naik Berat badan
Sarapan Sihat
Tingkatkan Taraf Kesihatan
Pendapatan Sampingan
Lain lain (Sila isi ruang dibawah)
Lain Lain

This contact form was created by Freedback.

Wednesday, June 20, 2012

MENGAPA HERBALIFE TIDAK DIPASARKAN DI FARMASI?


Assalamualaikum serta salam sejahtera semua pembaca budiman.

Saya ini suka pergi ke forum atau blog orang lain dan membaca perbincangan artikel serta komen di sesebuah blog itu. Saya tertarik dengan persoalan yang tidak dijawab ini. “Mengapa Herbalife tidak dipasarkan di farmasi”.

Pertama-tamanya ingin saya bertanya kembali, apabila kita melakukan sesuatu yang sukar pastinya kita perlukan motivasi bukan? Atau sekurang-kurangnya kita perlukan seorang teman yang menyokong dan memberi semangat.

Kebanyakan daripada kita apabila ingin membentuk badan yang ideal dan memperbetulkan semula pyramid makanan kita pastinya kita bakal ditertawakan terutamanya oleh saudara-mara serta rakan-rakan yang terdekat. Terutamanya bagi orang yang memiliki saiz bdan besar dan ingin menurunkan berat badan. Apabila mereka-mereka ini ditertawakan, semangat serta keyakinan mereka hancur berderai! Aduhai.

Maka cuba saja anda bayangkan jika Herbalife dipasarkan di farmasi. Anda beli, namun tiada siapa yang bimbing, tiada siapa yang beri semangat. Anda terkapai-kapai menentang arus dilemma serta sisa bahan tawa teman-teman serta saudara mara. Disebabkan tawa mereka, anda menjadi tidak bersemangat dan akhirnya anda hilang semangat dan meninggalkan gaya hidup yang lebih sihat ini. Kasihan bukan?

Maka dengan sistem mulut ke mulut yang digunapakai oleh Herbalife sekurang-kurangnya orang ‘baru’ yang ingin mengubah hidup mereka mendapat semangat serta dorongan daripada coach mereka. Walau dengan hanya sekadar panggilan serta sms menjadi medium mereka berkomunikasi, namun, sekurang-kurangnya mereka mendapat semangat dan percaya bahawa masih ada insan yang percaya dengan mereka.

Anda fikir ini alasan yang saya reka? Bukan! Ini hanya pandangan saya. Mungkin pandangan anda berbeza.
Anda berminat untuk medapatkan herbalife?Sila lihat page ORDER NOW atau terus hubungi saya di talian 014-7363493 (effa)

Sekian. Salam sayang penuh mesra daripada saya. Semoga anda terus berbahagia di samping insan yang anda cinta.

Artikel ini disumbangkan oleh amirul aslam.

HERBALIFE TIPU! SAYA TAK KURUS!


Assalamualaikum serta salam sejahtera rakan-rakan serta para pembaca budiman. Ini adalah sedikit perkongsian, daripada saya buat anda semua. Daripada pengalaman insan lain serta diri sendiri.

Pada suatu hari. Di sebuah tapak booth. Saya telah menegur seorang orang yang lalu lalang di situ. Breikut adalah hasil perbualan serta dialog antara saya dan beliau :

Saya : Kak, buat analisa kesihatan kak. Boleh tahu 8 item dalam badan. RM 2 je.

Akak : Apa ni? Oh herbalife...

Saya : Akak tahu ke?

Akak : Tahu, dah pernah makan dah pun. Tapi x turun-turun.

Saya : Aik? Akak x de cach ke?

Akak : Ade...

Saya : Akak ikut tak instuction yang dia bagi?

Akak : Ikot..

Saya : Yeke? Hm. So kenapa akak tak minta balik duit akak kat coach akak. Kan boleh refund.

Akak : Hm. Akak malas la dik, kesian pulak tengok dia..ye la, kawan-kawan kan..

Saya : Ouh..hm F1 yang pertama akak tu dalam berapa minggu dah habis?

Akak : Adalah lebih kurang 1 bulan lebih siket.

Saya : Lar, kalau akak ikut program betul-betul F1 tu dalam masa 2 minggu dah habis kak.

Akak : Hehe. Akak, kadang-kadang ikutlah, kadang-kadang x. Sebab kadang-kadang akak xde mase. Kadang-kadang tak teringat. Ye lah kita kan kerja...bla...bla...

Saya : Padanlah tak berkesan. Makan pun tak betul. (dalam hati)

Begitulah kita. Maka adakah yang SPM itu mampu mendapat kecemerlangan jika tidak belajar dengan strategi yang betul? Samalah analoginya dengan penggunaan herbalife.

Herbalife ni simple. Anda ikut. Anda dapat hasil. anda senyum. Anda yakin.

-sekian-
-mengantuk sudah-

Dapatkan pakej Turun Berat Badan melalui Coach yang berkelayakan



artikel ini disumbangkan oleh amirul aslam


Hubungi Untuk maklumat Lanjut :

Msg/Whatapps/Wechat: 0126357135
Yahoo Massenger :Shogun_alsamurai
Email:maaeherbalife@gmail.com

BERAPA KALORI PERLU BUANG UNTUK KURUS?


Assalamualaikum serta salam sejahtera semua pembaca budiman. Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit lagi perkongsian ilmu saya dapati melalui bicara santai kevin zahri.

Adalah terlampau tidak adil untuk saya bicarakan serta kongsikan ilmu yang saya dapati ini kepada kenalan-kenalan herbalife sahaja kerana kebanyakan daripada mereka sudah mengetahui bahkan sudah memulakan langkah pertama untuk mendapatkan berat badan ideal.

Wahai pembaca yang budiman serta yang saya hormati sekalian, tahukah anda hanya untuk mengurangkan 1kg berat badan anda, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan sebanyak 7700 kalori. Sedikit? Ianya adalah terlampau banyak!

Oleh itu, untuk menurunkan berat badan sebanyak 1kg, anda perlu mengurangkan sebanyak 7700 kalori daripada BMR (basal metabolic rate) yang kita miliki. BMR adalah jumlah kalori yang dapat badan kita mampu bakar dalam sehari. Oleh itu, jika BMR anda adalah 2000, dan jumlah kalori yang anda berjaya kurangkan dalam sehari sebanyak 770, insyaallah dalam 10 hari anda akan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 1kg! WOW!

Namun, tidak mudah untuk kita mengurangkan pengambilan kalori yang kita ambil dalam sehari. Tahukah anda bahawa sebiji kurma bersamaan 40 kalori? Ya, 1biji kurma = 40 kalori. Jadi bagaimana untuk anda mendapatkan makanan yang mempunyai nutrisi serta khasiat dan mempunyai kalori yang rendah. Salah satunya adalah herbalife.

Tiada jalan lainkah selain herbalife?

Sudah tentu ada! Anda boleh juga mengambil makanan mengikut 'bajet' kalori yang anda telah tetapkan. Maksudnya anda perlu beringat-ingat.

"Hari ini aku boleh lunch 500 kalori"

-Nasi dua senduk ~160kalori
-Ayam bahagian dada ~250kalori
-Sayur ~80kalori
-Air sirap ~30kalori

Persoalannya, mampukah anda? HA! Tidak ramai yang mampu. Hari ini mungkin boleh, esok sudah lupa. Dan jumlah kalori itu sendiri kadangkala berubah mengikut caa masakan seseorang. Kalori yang disebut di atas adalah anggaran kalori terendah yang disediakan oleh tukang masak.

Selain itu, anda juga boleh meningkatkan pembakaran kalori serta lemak dalam badan melalui senaman. Dan senaman yang paling baik adalah pada waktu pagi. Tanpa mengambil sebarang air manis @ isotonik sebelum memulakan aktviti.

Jika anda mampu, teruskan. Jika anda mencari jalan lain, saya cadangkan herbalife. Sekian. Senyum selalu.

*Kevin Zahri dalam ceramahnya juga menyebut, senaman TIDAK diperlukan oleh orang yang ingin menurunkan berat badan*

ISLAM TERGADAI KERANA HERBALIFE!



Assalamualaikum serta salam sejahtera semua pembaca budiman.

Pastinya anda sedikit terkejut dengan enti saya kali ini. Kerana entri ini melibatkan agama majoriti rakyat Malaysia. Agama yang saya sendiri anuti. Islam.

Sebenarnya entri ini saya tulis apabila saya membaca komen seseorang dalam sebuah blog yang sememangnya anti-Herbalife.

Insan ini menceritakan tentang kisah mak ciknya yang mengabaikan islam setelah kenal dengan herbalife. Katanya, kehidupan mak ciknya yang dahulu sangat-sangat menuruti ajaran islam seperti menutp aurat dan menunaikan solat dilihat tergadai setelah menyertai Herbalife. Tambahnya lagi, kehidupan mak ciknya ini berubah kerana Herbalife atas alasan Herbalife itu majoritinya didominasi oleh Mat Saleh. Aduhai, sedih saya membaca komen ini.

Mengapa saya sedih?




1) Kerana salah seorang saudara saya telah mengabaikan ajaran islam yang suci demi duniawi.

2) Kolotnya pemikiran orang yang menceritakan ini kerana meletakkan Herbalife sebagai pesalah utama.

Saya tidak menolak kemungkinan bahawa perubahan mak ciknya itu sedikit sebanyak disebabkan oleh Herbalife. Namun, tidaklah perlu meletakkan Herbalife itu seolah-olah sebagai pesalah utama.

Mari kita timba sesuatu dari sirah islam sendiri. Bagaimana islam itu terbahagi kepada 2 kelompok iaitu syiah dan sunnah. Sunnah yang mengamalkan ajaran islam yang sebenar, manakala, syiah menyimpang akibat terlampau mengagungkan Saidina Ali r.a. Lihat puak syiah ini, mereka terlampau mengagungkan Saidina Ali dan Ahlul bait sehingga segala hadis yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabat terkenal Nabi s.a.w tidak mereka iktiraf.

Jadi?

Jadi saya ingin bertanya kepada anda, sikap serta kesalahan puak syiah ini adakah patut diletakkan di atas bahu Saidina Ali r.a?

Tidak!

Jadi mengapa insan ini meletakkan Herbalife sebagai pesalah utama? Sedangkan sewaktu saya pergi event Herbalife saya lihat ada ratusan wanita yang memakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna. In fact, saya lihat yang naik ke atas pentas memberi testimony pendapatan itu juga ramainya daripada kalangan muslimah yang bertudung. Lihat..

Bagi saya orang seperti ini mempunyai niat yang tidak baik.

Manusia pabila hendak jatuhkan, mereka ada pelbagai idea.

Kita ini menjadi manusia, andai tidak mahu menyokong dan menerima sesuatu jangan tolak dan benci sebetul-betulnya. Bimbang-bimbang nanti, kita terpaksa menjilat ludah yang kita ludahkan pada perkara itu.

Anda berminat untuk mendapatkan produk Herbalife? Sila pergi ke page ORDER NOW untuk melihat bagaimana anda boleh membuat pesanan.

Sekian. Salam kasih penuh mesra. Tidak kenal maka tidak cinta <3 artikel ini disumbangkan oleh amirul aslam

HERBALIFE. MLM YANG HARAM?



Assalamualaikum serta salam sejahtera semua pembaca budiman. Sekarang ni saya nak kongsikan post pasal ke'halal'an Herbalife yang sistem marketingnya didaftarkan sebagai sistem MLM.


Jawapan buat anda. Yang mungkin berfikiran terbuka. Atau yang mungkin skeptikal. Anda boleh ambil kalau percaya. Anda boleh buang kalau meragui. Simple.



situasi nie berlaku apabila seorang pelajar UIA bertanya adakah perniagaan herbalife nie halal ke x ? so , ini jawapan yang ustaz mus'ab dan salah seorang pelajar UIA berikan .

Ustaz Mus'ab :


Wslm , ok pertama sekali ana nk ucapkan terim kasih kerana bertanyakan soalan ni kpd ana ... ana takkan kupas isu MLM satu persatu, tetapi ana hanya akan bg guideline sahaja ...

cuba google topik "MLM menurut perspektif Syariah" ... ada tulisan UZAR tntg ni, dan juga fatwa JAKIM berkenaan isu ini ... secara ringkasnya , MLM yg diharamkan ialah MLM yg xde Produk, ataupun produknya diragui keberkesanannya, ataupun ada unsur gharar ( seperti contoh: Kopi sepeket dijual pada harga beratus2 ) ... yg kedua, marketing plan sgt caca marba ... sbb kebanyakan MLM ada unsur SCAM, Pyramid dan sbgainya, so mereka2 yg pioneer akan terus kaya dan goyang kaki, walhal org2 bwah yg bersusah payah .. so takde contoh pengedar yg dah berjaya ...

sebaliknya, herbalife mempunyai porduk yg sgt bagus, boleh membantu ramai org, dan mempunyai misi changing peoples lives ... dan juga setakat yg ana dah ceburi bidang herbalife ni, pembayaran mereka sgt telus dan transparent ... so takde unsur gharar, ghabn , dan sebagainya ...

"ana kalo jumpa org, ana takkan sebut " Eh Nak Join MLM x ?" takkan sama skali ... ttp ana akan bgtau, nk turun berat, atau naik berat ? atau nak sehat ? ... mcm tu je ..

mari ikut kami ke event2 besar herbalife , kita akan dapati ramai distirbutor n leader herbalife, walaupun mereka bukan beragama islam, tetapi niat dan keinginan merreka itu bantu org dpt kesihatan, menurut ana , mengalahkan ramai org islam .. cuma lagi mereka bukan islam je ... apa kata kita amik smgt utk bantu org tu, dan bantu seramai mgkin ... kita akan dpt ganjaran sgt besar ...

Herbalife " changing people's life ...

Jawapan daripada pelajar UIA :


"MLM akn jd HARUS kalu penuhi syarat2 berikut :

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal). #herbalife mme product berkualiti, clinically proven, blh tgk testimoni2 ore hk guna dh. #tak kabur - herbalife bkn jual barang atas angin, product ada didepan mata.

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.#sah2 la buke mas/ perak.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakahiaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi. artikel ini disumbangkan oleh amirul aslam